DAFTAR PENGEDAR

1. SYARAT DAN PERATURAN
a. Semua Stokis/Agent TIDAK dikenakan Yuran Pendaftaran tahunan
b. Semua Stokis diwajibkan membuat pembelian / pembelian ulangan di Ibu Pejabat Cassialeaf Sdn Bhd sahaja
c. Setiap pembelian STOK boleh melalui pos atau COD
d. Hak Pengedaran tidak boleh ditukar milik tanpa kelulusan dari Cassialeaf Sdn Bhd. Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai Stokis/Agent Cassialeaf Sdn Bhd juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis anda.

2. PEMULANGAN BARANGAN
a. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja.
b. Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti.

3. PERTUKARAN BARANGAN
a. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa 5 hari dari tarikh invoice.

4. PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN
a. Cassialeaf Sdn Bhd mempunyai unit Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Stokis/Agent.
b. Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Stokis & Agent berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh unit Pemasaran & Pengawalan Harga syarikat.

5. DISIPLIN DAN SALAH LAKU
a. Semua Stokis/Agent adalah diingatkan supaya menjual Produk Cassialeaf Sdn Bhd mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis/Agent dilarang sama sekali menjual produk Cassialeaf Sdn Bhd samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

6. INSENTIF
a. Cassialeaf Sdn Bhd akan menilai prestasi jualan Stokis/Agent dan akan menawarkan insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar Negara.

7. MEMBEKAL KEPADA WAKIL JUALAN YANG TIDAK SAH
a. Pihak stokis dilarang sama sekali untuk membekalkan produk Cassialeaf Sdn Bhd kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau tidak sah tanpa merujuk kepada pihak pengurusan Cassialeaf Sdn Bhd terlebih dahulu.
b. Jika pihak Stokis/Agent enggan mematuhi peraturan tersebut, Pihak pengurusan Cassialeaf Sdn Bhd tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Stokis/Agent jika perkara ini berlarutan.

8. PEMBELIAN BORONG
a. Pembelian bermula dengan 500 unit sila berurusan terus dengan Cassialeaf sdn bhd.

9. BAHAN PEMASARAN
a. Cassialeaf sdn bhd memberi bantuan pemasaran dari segi pemasangan billboard.paper serta majalah. Cassialeaf menekankan pemasaran di media social seperti facebook bagi memudahkan stokis dan agen membuat jualan.

BORANG PENDAFTARAN

15 + 1 =